Kad MySiswa

Kad MySiswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.

OBJEKTIF

FAEDAH

Nota : 

Layari https://www.rhbgroup.com/personal/deposits/joy-at-uni/index.html bagi perincian faedah yang ditawarkan oleh pihak RHB melalui inisiatif akaun Simpanan iPro di bawah inisiatif Kad MySiswa.

PELAKSANAAN

A. Pelajar Baharu UiTM 


Nota: Klik tatacara pembukaan akaun  bank Simpanan iPro (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris).




B. Pelajar Lama UiTM




Sila rujuk di https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa

Walaubagaimanapun, pelajar UiTM kategori di bawah boleh hadir ke mana-mana cawangan bank RHB untuk mengaktifkan Kad MySiswa dengan membawa kad pengenalan :

i.   Telah mendapat/menuntut Kad MySiswa di dalam kampus UiTM.

ii. Telah mendapat sms/emel daripada pihak bank RHB berkaitan pembukaan akaun bank Simpanan iPro.

Nota : 

i. Pelajar UiTM TIDAK PERLU HADIR ke mana-mana cawangan bank RHB yang berdekatan bagi mendapatkan/menuntut  Kad MySiswa UiTM. Semua urusan cetakan dan tuntutan Kad MySiswa oleh pelajar UiTM HANYA dilaksanakan di dalam kampus UiTM sahaja. Sila rujuk https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa

ii. Kad MySiswa akan DISEKAT sekiranya pelajar menggunakan nombor pin/kata kunci yang salah sebanyak TIGA (3) kali. Pelajar UiTM dinasihati untuk menetapkan pin/kata kunci yang baharu selepas DUA (2) kali gagal percubaan. Sila rujuk menu Soalan Lazim bagi perkara (7) hingga (10) berkaitan hal ehwal sekatan/penetapan bagi PIN/KATA KUNCI.

Maklumat pada skrin ini telah dikemaskini pada 7 September 2024