A. Pelajar UiTM Shah Alam
Sila tuntut Kad MySiswa di Bahagian Hal Ehwal Akademik di Kolej Pengajian/Fakulti masing-masing dan mengaktifkan kad tersebut di mana-mana cawangan bank RHB jika telah mendapat sms/emel daripada pihak bank RHB berkaitan pembukaan akaun bank Simpanan iPro RHB. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan cetakan Kad MySiswa, sila laporkan melalui https://units.uitm.edu.my. Anda juga boleh merujuk di menu Soalan Lazim untuk mendapatkan makumat yang lebih tepat dan pantas.
B. Pelajar selain kampus UiTM Shah Alam
Sila rujuk dan membuat semakan atau tuntutan Kad MySiswa yang telah dicetak di Bahagian Hal Ehwal Akademik kampus masing-masing. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan cetakan Kad MySiswa, sila laporkan melalui https://units.uitm.edu.my. Anda juga boleh merujuk di menu Soalan Lazim untuk mendapatkan makumat yang lebih tepat dan pantas.
*Jika semakan di HEA Fakulti/HEA Kampus mendapati kad masih tiada, sila pastikan anda mendapatkan Slip Pengesahan Semakan Kad di menu Dokumen dan disahkan oleh wakil HEA Fakulti/HEA Kampus.
LOKASI KAUNTER KAD
Kaunter kad hanyalah bagi proses tuntutan gantian kad sahaja dan bagi segala urusan berkaitan hal-hal perbankkan perlu dirujuk terus kepada Pihak RHB.
Senarai lokasi kaunter kad - Klik Di Sini
Maklumat pada skrin ini telah dikemaskini pada 5 Jun 2025.