Semakan Akaun Simpanan iPro RHB


Pelajar UiTM boleh menyemak jenis reka bentuk Kad MySiswa yang dipaparkan di dalam sistem/aplikasi My Student pada menu Kad Digital (seperti tangkap layar di atas👆) bagi penentuan kewujudan akaun Simpanan iPro yang telah dibuka oleh pihak bank RHB.

Pelajar UiTM yang telah dibukakan akaun Simpanan iPro RHB akan mempunyai reka bentuk Kad MySiswa yang mempunyai gambar cip elektronik manakala yang tidak mempunyai gambar cip elektronik adalah dikategorikan belum mempunyai akaun tersebut.

Senario di bawah adalah menunjukkan paparan reka bentuk Kad MySiswa yang tidak mempunyai gambar cip elektronik :

i. Pelajar UiTM tidak mempunyai akaun Simpanan iPro RHB. Pembukaan akaun Simpanan iPro RHB oleh semua pelajar UiTM boleh dibuat melalui kaedah secara atas talian (online). Sila rujuk di https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/pembukaan-akaun.

ii. Maklumat pelajar UiTM yang telah berjaya dibukakan akaun Simpanan iPro oleh pihak bank RHB masih di dalam tindakan pengemaskinian di dalam aplikasi My Student. Mohon membuat semakan dari masa ke semasa berkaitan perkara ini di aplikasi My Student.

Maklumat pada skrin ini telah dikemaskini pada 14 Ogos 2024.