Kad MySiswa
Kad MySiswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.
OBJEKTIF
Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.
FAEDAH
Akaun Simpanan iPro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB dibawah inisiatif Kad MySiswa.
Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan iPro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di UiTM.
Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar UiTM bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.
Akaun Simpanan iPro akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar UiTM. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar UiTM perlu menggantikan Kad MySiswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.
Nota :
Layari https://www.rhbgroup.com/personal/deposits/joy-at-uni/index.html bagi perincian faedah yang ditawarkan oleh pihak RHB melalui inisiatif akaun Simpanan iPro di bawah inisiatif Kad MySiswa.
PELAKSANAAN
A. Pelajar Baharu UiTM
Kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu UiTM mulai Julai 2023 dan kemasukan seterusnya, semua pelajar baharu UiTM perlu membuka dan mengaktifkan akaun Simpanan iPro RHB terlebih dahulu di mana-mana cawangan bank RHB sebelum hadir ke kampus UiTM untuk membuat pendaftaran sebagai pelajar baharu UiTM.
Nota: Klik tatacara pembukaan akaun bank Simpanan iPro (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris).
Cetakan Kad MySiswa hanya dapat dilaksanakan oleh pihak UiTM sekiranya pelajar baharu UiTM telah memuat naik gambar di sistem UCMS (kad.uitm.edu.my).
Pelajar baharu UiTM perlu menuntut atau mendapatkan Kad MySiswa di kampus UiTM masing-masing. Sila rujuk di https://mysiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa
Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan Kad MySiswa dengan akaun bank Simpanan iPro pelajar yang telah berjaya dibuka. Pengaktifan ini bagi memastikan transaksi bank ke atas akaun tersebut dan Kad MySiswa yang diperolehi pelajar UiTM boleh dibuat secara atas talian atau menggunakan mesin ATM.
B. Pelajar Lama UiTM
Klik tatacara pembukaan akaun bank Simpanan iPro (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris).
Cetakan Kad MySiswa hanya dapat dilaksanakan oleh pihak UiTM sekiranya pelajar UiTM telah memuat naik gambar di sistem UCMS (kad.uitm.edu.my).
Pelajar UiTM perlu menuntut atau mendapatkan Kad MySiswa di kampus UiTM masing-masing.
Sila rujuk di https://mysiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa
Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan Kad MySiswa dengan akaun bank Simpanan iPro pelajar yang telah berjaya dibuka. Pengaktifan ini bagi memastikan transaksi bank ke atas akaun tersebut dan Kad MySiswa yang diperolehi pelajar UiTM boleh dibuat secara atas talian atau menggunakan mesin ATM.
Walaubagaimanapun, pelajar UiTM kategori di bawah boleh hadir ke mana-mana cawangan bank RHB untuk mengaktifkan Kad MySiswa dengan membawa kad pengenalan :
i. Telah mendapat/menuntut Kad MySiswa di dalam kampus UiTM.
ii. Telah mendapat sms/emel daripada pihak bank RHB berkaitan pembukaan akaun bank Simpanan iPro.
Nota :
i. Pelajar UiTM TIDAK PERLU HADIR ke mana-mana cawangan bank RHB yang berdekatan bagi mendapatkan/menuntut Kad MySiswa UiTM. Semua urusan cetakan dan tuntutan Kad MySiswa oleh pelajar UiTM HANYA dilaksanakan di dalam kampus UiTM sahaja. Sila rujuk https://mysiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa
ii. Kad MySiswa akan DISEKAT sekiranya pelajar menggunakan nombor pin/kata kunci yang salah sebanyak TIGA (3) kali. Pelajar UiTM dinasihati untuk menetapkan pin/kata kunci yang baharu selepas DUA (2) kali gagal percubaan. Sila rujuk menu Soalan Lazim bagi perkara (7) hingga (10) berkaitan hal ehwal sekatan/penetapan bagi PIN/KATA KUNCI.
Maklumat pada skrin ini telah dikemaskini pada 2 Oktober 2024.